Aku kelu terkilan dengan hatiku yang memberontak untuk mencoret tetapi tiada apa yang terbuku atau terlintas dalam kepala otakku.Apa yang ingin diluahkan adalah sesuatu yang aku tidak pasti.Misteri, itulah yang terjadi.Tangan ini tidak langsung mengerti apa yang perlu aku patuhi.Andrenalin ini membuak-buak bagai Gunung Merapi yang selalu meletus kini.Aku tidak sangsi bahawa sesuatu perlu aku tangani.Penyakit otak ini perlu aku ubati.Mana nak beli? Ubat yang sukar diperoleh.Yang aku tahu,Allah maha kuasa.Boleh menyembuhi segala duniawi.Aku ingin berhenti dari kehidupan ini.Tapi aku masih mencari.Mana jalan keluar dari bilik hidup ini.Dan aku temui sesuatu yang aku sedari.Tiada jalan keluar selain dari terus hidup didalamnya dan terus berusaha untuk hidup didalamnya.Sempit bilik ini kerana aku tidak teroka apa yang ada dalam bilik ini.Rupanya banyak yang ku belum ketahui.Terlalu luas dan tidak perlu aku keluar kerana segala yang indah ada disini.Cuma aku belum menemui perkara itu lagi.Bila.Itu aku tidak pasti.Tapi Allah itu maha adil.Serupa semua yang diberi olehNya.Cuma berbeza rupa dan masa.Akan ku teruskan hidup ini.Sampai aku mati.

No comments:
Post a Comment